10-12 September 2019 – Persidangan Penyelidikan Amalan Profesioal & Inovasi Pendidikan 2019 (PPAPIno2019)

Pada 10-12 September 2019 – Seorang pensyarah JTP telah menghadiri Persidangan Penyelidikan Amalan Profesioal & Inovasi Pendidikan 2019 (PPAPIno2019) yang diadakan di IPG Kampus Perlis.Tahniah diucapkan kepada Dr. Suriati bt Abdul Aziz di atas penglibatan di dalam persidangan ini.

29 Ogos 2019 Program – National STEM Innovation Carnival 2019 (NSInC2019)

Pada 29 Ogos 2019 –  Dr. Suriati bt Abdul Aziz telah terlibat sebagai Juri di dalam Program National STEM Innovation Carnival 2019 (NSInC2019) yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar. Seluruh warga JTP mengucapkan tahniah di atas penglibatan ini.

23-25 Julai 2019 – International Conference on Education and Teacher Development (ICETD) 2019

Pada 23-25 Julai 2019 – IPG Kampus Ipoh telah menganjurkan International Conference on Education and Teacher Development (ICETD) telah di adakan di Dewan CCC1 Hotel Casuarina @Meru , Ipoh. Seminar ini juga telah disertai oleh seluruh warga JTP yang turut serta sebagi pembentang kertas kerja, pempamer, Jawatankuasa dan juga peserta. Tahniah diucapkan kepada semua pensyarah …

28 Jun 2019 (Jumaat) Perhimpunan Bulanan Di Bawah Pengelolaan Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Ipoh

Pada 28 Jun 2019  (Jumaat) Perhimpunan mingguan pelajar  telah dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Ipoh. Sesi perkongsian ilmu yang bertajuk Keselamatan Pengguna Internet dan Email telah disampaikan oleh Dr. Mathan a/l Balaraman manakala Guru Dan Cabaran Teknologi Masa Hadapan di sampaikan oleh Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan Tn.Hj. Zain Hazmi b Zain Baharin. Ucapan …

Lawatan Pelajar Universiti Rajabath Songkhla Thailand (URST) ke Bilik Abad Ke 21 JTP, IPG Kampus Ipoh – 12 Jun 2109

Pada 12 Jun 2019  (Rabu) bilik pembelajaran Abad Ke 21 Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Ipoh telah dilawati oleh pelajar bidang pendidikan dari Universiti Rajabath Songkhla Thailand (URBST). Kunjungan ini amat bermakna kepada Jabatan Teknologi Pendidikan dan telah memberi perkongsian baharu kepada pelajar dari URST. Pelajar URST juga mendapat taklimat tentang pelaksanaa NPDL di IPG …

Lawatan Penanda Aras Jabatan PIPK IPGKTAA ke Bilik Khas JTP IPG Kampus Ipoh- 5 Mac 2019

Pada 5 Mac 2019 (Selasa) IPG Kampus Ipoh telah di kunjungi oleh rombongan penanda aras dari IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang. Dikesempatan itu ahli rombongan telah melawat bilik-bilik khas di JTP IPG Kampus Ipoh. Antara bilik yang di lawati ialah Bilik Pembelajaran Abad Ke 21 dan Bilik Studio. Lawatan tersebut telah berjaya …

Persaraan En. Mohan a/l Palaniandy – 15 Februari 2019

Tanggal 15 Februari 2019 merupakan hari terakhir perkhidmatan En. Mohan a/l Palaniandy sebagai penjawat awam di IPG Kampus Ipoh Perak. Persaraan beliau merupakan kehilangan besar kepada seluruh warga IPG Kampus Ipoh khasnya dari JTP IPG Kampus Ipoh. Beliau seorang pensyarah yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan sentiasa memberi pandangan dan bantuan   dalam memajukan jabatan …

Kursus Intergrasi Aplikasi Mobile – 28 & 29 Januari 2019

28 – 29 Januari 2019 – Kursus Intergrasi mobile dalam meningkatkan kualiti diri perkhidmatan staf sokongan telah dijalankan di Makmal Komputer 1 . Kursus ini dikendalikan oleh pensyarah JTP yang terdiri daripada Dr Norlia, Dr Suriaty, En Lee, En Mohan dan Pn Jamilah. Tahniah JU dan semua peserta kursus.

Kursus Frog VLE – 13 November 2018

13 November 2018 – Satu kursus Frog VLE telah dijalankan dalam kalangan pensyarah JTP IPG Kampus Ipoh. Kursus ini telah berjalan dengan jayanya. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah dari YTL  iaitu En Mohd Fitri dan En Arzuan. Pendedahan yang amat bermakna kepada semua peserta kursus terutamanya melibatkan SATE (bit.ly/frogSATEmodule), FrogKit, Frog School Action Plan …