Piagam Pelanggan Jabatan

Kami warga Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Pendidikan Guru dengan ini bertekad, beriltizam, berikrar dan berjanji memberi perkhidmatan berkualiti untuk:

  1. Memastikan piagam pelanggan IPGM dan IPGK Ipoh dilaksanakan
  2. Memastikan proses pengajaran, penilaian dan pentaksiran dilaksanakan dengan berkesan mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan
  3. Memastikan persekitaran kerja dan pembelajaran sentiasa kondusif dan lestari
  4. Memastikan pensyarah dapat menguasai ilmu pengetahuan kandungan dan teknologi yang terkini dalam penyampaian kuliah dan bimbingan
  5. Memastikan pelajar bersedia dengan ilmu pengetahuan kandungan, pedagogi dan teknologi sebelum keluar sebagai guru permulaan
  6. Memastikan latihan berteraskan teknologi dan pedagogi diberikan kepada guru-guru dalam perkhidmatan mengikut keperluan organisasi
  7. Memastikan program dan aktiviti IPGKI dilaksanakan dengan lancar dan berkesan
  8. Memastikan perkhidmatan sokongan pengurusan dan teknologi maklumat disediakan mengikut keperluan