Kata Aluan Ketua Jabatan

Kata Aluan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan

 

 

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. di atas segala nikmat yang telah diberikan.

 

Selamat datang ke Portal Jabatan Teknologi Pendidikan  IPG Kampus Ipoh. Terlebih dahulu, saya mengalu-alukan dan mengucapkan ribuah terima kasih kepada pengunjung yang dihormati kerana melayari Portal Jabatan Teknologi Pendidikan  IPG Kampus Ipoh. Adalah diharapkan laman portal  ini memberi infomasi berkaitan Jabatan Teknologi Pendidikan, Visi & Misi Jabatan, Objektif Jabatan, Piagam Pelanggan Jabatan dan maklumat berkaitan perkhidmatan Jabatan.

 

Saya berharap laman portal ini akan dapat memberi input pada pengunjung  yang melayarinya. Semoga ia dapat menjadi salah satu cabang rangkaian antara Jabatan Teknologi Pendidikan, staf IPG Kampus Ipoh serta masyarakat luar dalam menyalurkan maklumat yang berkesan untuk meningkatkan  lagi mutu perkhidmatan jabatan kami.

 

Saya turut mengalu-alukan maklumbalas daripada semua pihak bagi meningkatkan kualiti dan informasi dalam portal Jabatan Teknologi Pendidikan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Tn.Hj. Zain Hazmi b Zain Baharin

KETUA JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

IPG KAMPUS IPOH

PERAK DARUL RIDZUAN