Asas Pendidikan

PISMP

EDUP3053

Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran

Kursus ini memberi fokus kepada konsep dan amalan teknologi pengajaran. Pelajar akan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang pemilihan, penghasilan, penggunaan dan penilaian media pengajaran. Pelajar akan mengaplikasikan kemahiran teknikal dalam menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan serta mengurus media dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan cekap.

 DPLI

 EDUP2053

Teknologi dan Media Pengajaran

Kursus ini membincangkan konsep dan amalan teknologi dan media pengajaran; pembangunan media pengajaran serta peranan media dalam pengajaran dan pembelajaran, pengaplikasian kemahiran teknikal dalam mengubah suai dan menghasilkan media pengajaran yang berkualiti dan berkesan.